Wakil Pulau Pinang Cadang Penubuhan Jawatankuasa Disiplin Pilhan Raya Umum

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang pada Jumaat, menyarankan agar satu Jawatankuasa Disiplin Pilihan Raya Umum bagi mengambil tindakan terhadap ahli parti tersebut yang belot.

Wakilnya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut adalah penting kerana kemenangan pada Pilihan Raya akan menentukan nasib parti.

"Macam mana nak menang jika kita sendiri tak tegas dalam parti?," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung Umno di sini.

Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam itu seterusnya memohon agar Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendengar pendapat rakyat mengenai calon yang dikehendaki mereka.

Beliau juga menyatakan persetujuan jika seorang calon luar di bawa masuk ke kawasan yang tidak mempunyai calon boleh menang, tetapi berharap agar calon yang dibawa itu adalalah 'calon yang boleh memberi salam apabila masuk ke dalam rumah'.

Seterusnya, Musa menyarankan agar calon-calon luar ini diberi kursus di Institut Latihan Memperkasa Umno untuk memberi pendedahan mengenai cara berkempen di kampung.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan