Umno Perlu Lakukan Peremajaan​, Penjenamaa​n Semula

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno menekankan bahawa parti itu perlu melakukan Peremajaan dan Penjenamaan semula dari semua peringkat dalam usaha untuk memenangi hati generasi muda.

Exco Pergerakan Puteri Umno, Wan Salwati Abdullah berkata, generasi muda adalah oksigen bagi parti ini untuk meneruskan kehidupan yang penuh mencabar.

"Mereka turut menjadi penentu pola pembentukan pemerintahan negara pada masa hadapan. Maka idea dan pandangan mereka perlu diambil kira dan diketengahkan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno di sini, Jumaat.

Beliau berkata, berdasarkan analisa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga suku tahun kedua 2011, daripada 12, 497,877 pengundi secara keseluruhnya, lebih lima juta pengundi muda telah berdaftar.

"Namun begitu, lebih tiga juta orang dari kelompok generasi muda masih belum mendaftar sebagai pengundi. Sekiranya golongan ini menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara maka pada hari ini kita akan mempunyai lebih lapan juta pengundi muda," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Umno mengguna pakai prinsip pengurusan Blue Ocean Strategy yang menekankan tindakan secara berkesan dan melaksanakan proses Reduce, Create, Raise and Eliminate.

Jelasnya, penggunaan prinsip itu membolehkan Umno menilai perkara-perkara atau program yang wajib diperkenalkan.

"Zaman menghimpun puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir. Zaman sekarang adalah zaman menilai pemimpin dari dekat dan menerima pemimpin yang menjawab twitter dan facebook," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan