Perhimpunan Agung Umno: Transformasi PM Bawa Keresahan Pada Lawan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembangkang sanggup menimbulkan pelbagai tohmahan dan fitnah untuk meraih sokongan rakyat kerana gusar dengan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perwakilan Umno Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, secara keseluruhan transformasi yang dibawa oleh Presiden parti ini kini berjaya dan rakyat mula menuai hasilnya.

"Kejayaan ini membuktikan apa yang dilakukan kerajaan bukan untuk parti atau individu tertentu tetapi untuk rakyat di negara ini.

"Kebimbangan itu menyebabkan pembangkang sanggup melemparkan pelbagai fitnah bertujuan untuk memburuk-burukkan Umno," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden di sini, Jumaat.

Justeru, Wan Ahmad menyeru semua perwakilan supaya bersama-sama menjayakan transformasi tersebut dan menjauhi budaya menabur janji-janji kosong untuk meraih undi rakyat.

"Sikap sedemikian jelas ditonjolkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim...oleh itu kita sebagai ahli Umno harus mengikis sikap tersebut," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengambil contoh tragedi Kampung Buah Pala yang terus hangat diperkatakan walaupun pembangkang berjaya memerintah Pulau Pinang.

"Anwar kata isu kampung itu akan diselesaikan jika pembangkang memerintah Pulau Pinang tapi apabila berkuasa penduduk dihalau kampung dirobohkan," katanya.

Beliau bagaimanapun yakin ahli Umno tidak mengamalkan sikap sebegitu kerana dilatih oleh enam Presiden untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan