Perhimpunan Agung Umno: Selangor Ikrar Rampas Semula K'jaan Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno Selangor, Datuk Johan Abd Aziz menegaskan bahawa mereka sudah bersedia untuk merampas kembali Selangor dari pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Johan berkata, mereka kini sudah nampak jalan untuk merampas kembali negeri itu setelah bermuhasabah ekoran kekalahan teruk pada PRU 2008.

"Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU ke-12. Kami cemburu dengan negeri-negeri lain yang menang...rasa terseksa di bawah pembangkang," katanya pada sesi perbahasan usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih turut membidas kerajaan Selangor yang didakwa terlibat dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.

Menurutnya, dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya empat tahun lalu berjanji untuk menyediakan premis mencukupi dan melatih usahawan tetapi sebaliknya berlaku.

"Sewa premis di Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS) dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat untuk menurunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja...sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya.

"Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian," katanya.

Justeru, beliau menasihatkan ahli Umno dan komponen Barisan Nasional supaya tidak menikam antara satu sama lain manakala kerajaan pusat perlu meningkatkan lebih banyak peruntukan kepada negeri itu.

"Kalau nak menang jangan tikam belakang...jangan main belakang. Saya pasti rakan-rakan di Selangor berpendirian sama. Selangor tak main belakang...yang pasti kami tikam dan main depan bukan belakang," katanya sambil disambut gelak tawa perwakilan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan