Perhimpunan Agung Umno: Jadilah Orang Yang Tidak Meminta-Minta Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Calon boleh menang Umno perlu mempunyai sifat seperti Khalifah Islam Saidina Othman bin Affan yang tidak meminta-minta untuk diberikan jawatan.

Wakil Kedah, Mohd Kamal Saidin berkata antara kriteria calon boleh menang daripada pandangan Islam adalah orang yang tidak meminta-minta, tidak melobi atau membeli jawatan.

Sebaliknya seseorang calon itu perlu tahu menginsafi diri, sedar akan tanggungjawab yang digalas, amanah, jujur, sanggup berkorban dan ada sifat kasih sayang, katanya ketika membentangkan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpuan Agung Umno 2011 di sini, Jumaat.

"Contohilah Saidina Othman bin Affan yang tidak meminta untuk diberikan jawatan Khalifah, sebaliknya diberi tanggungjawab atas amanah dan kepercayaan untuk memimpin umat Islam pada zaman itu," katanya lagi.

Beliau juga berkata, perjuangan Umno perlu dilihat menepati kriteria perjuangan golongan beriman yang digariskan oleh Imam Shafie, kerana telah berusaha memerdekakan negara Islam yang pernah dijajah.

"Imam Shafie pernah berkata, sebuah negara Islam walaupun dijajah, tidak hilang Islam di negara itu. Maka penduduknya wajib memerdekakan semula negara itu.

"Dengan kata-kata ini, jelas Malaysia merupakan sebuah negara Islam walaupun pernah dijajah selama 446 tahun sebelum merdeka kerana perjuangan Umno pada 1957," katanya.

Mohd Kamal menambah, bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara Islam, pemimpin yang ada terutamanya daripada kalangan pemimpin Umno perlu mengambil kira konsep Wasatiyyah atau kesederhanaan yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenapa Umno dan Barisan Nasional menang dan mampu memerintah negara untuk tempoh yang lama? Kerana kita amalkan Wasatiyyah. Kita tak melampau, angkuh dan sombong," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan