Kolumnis Akhbar The Star Mohon Maaf Jika Tulisannya Menguris Perasaan Ahli Umno

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kolumnis akhbar The Star, Tunku ’Abidin Muhriz menjelaskan bahawa komentar beliau mengenai 'lintah dan pacat yang pergi ke PWTC' sebagaimana yang terkandung dalam artikelnya yang berjudul ‘Honouring our volunteers’ dalam akhbar ini pada Jumaat tidak sama sekali bermaksud untuk menguris perasaan sesiapa.

“Saya ingin meminta maaf atas salah faham yang timbul akibat daripada komen saya minggu ini mengenai “lintah dan pacat yang pergi ke PWTC”.

"Walaupun saya dengan terang menyebut bahawa komen saya terhad kepada beberapa individu sahaja, ada pihak yang telah tersilap tafsir seolah-olah saya memberi komen mengenai semua perwakilan di Persidangan Agung UMNO. Kesilapan ini amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Menurut beliau, mereka yang membaca penulisannya sejak tiga tahun lalu pasti tahu bahawa beliau amat menghormati ramai pemimpin Umno.

“Saya sering memuji pejuang-pejuang Umno, terutamanya Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Hussein Onn. Saya juga telah banyak kali berkongsi pentas dengan Tengku Razaleigh Hamzah. Baru-baru ini, saya memuji usaha Datuk Saifuddin Abdullah memperkukuhkan demokrasi dan kebebasan untuk semua rakyat Malaysia.

“Selain itu, saya juga konsisten dalam mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak atas usaha berani beliau mentransformasi negara melalui GTP dan ETP. Malahan saya dan rakan-rakan dalam IDEAS sentiasa cuba menyumbang dalam usaha tersebut sejak awal lagi,” ujarnya.

Tunku ’Abidin Muhriz yang juga merupakan presiden Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) menulis setiap minggu dalam akhbar The Star menerusi kolumnya yang berjudul “Roaming Beyond the Fence”.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan