Kajang Ditenggelami Air

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Hampir sebahagian besar pusat bandar ini telah ditenggelami air akibat hujan lebat petang Jumaat sehingga memaksa pihak berkuasa menyelamatkan sembilan mangsa banjir termasuk tiga warga emas.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, mangsa berada di rumah ketika air mula menaiki rumah mereka.

"Kesemua mangsa kita selamatkan di kawasan perumahan di Kampung Sungai Kantan dan Jalan Kelapa di mana mereka tidak sempat melarikan diri bila banjir berlaku," katanya ketika dihubungi.

Beberapa kawasan di Kajang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti bermula jam 4 petang tadi.

Kawasan yang terlibat ialah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang, Jalan Jeluk, Sungai Kantan, Jalan Semenyih dan Jalan Kelapa.

Mohamad Sani berkata, di Sungai Kantan, air naik setinggi 1.5 meter manakala di tempat lain pada paras paha.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 3.51 petang sebelum sampai ke kawasan terbabit dalam masa 10 minit bersama 14 anggota termasuk pegawai dari balai Kajang dan Cheras.

"Banjir surut kira-kira dua jam kemudian. Beberapa buah kereta serta motosikal rosak akibat ditenggelami air banjir," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan