Corat-Coret Sekitar Perhimpunan Agung Umno

Diterbitkan: Jumaat, 2 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PM DAN TPM LAWAT LAMAN MEDIA

Beberapa pemimpin Umno termasuk presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, meluangkan masa melawat Laman Media, yang menempatkan operasi media cetak, elektronik dan e-media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2011.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut berkunjung ke Laman Media yang menempatkan 1,540 petugas media dari 83 agensi berita, iaitu 74 tempatan dan sembilan antarabangsa.

Turut meluangkan masa untuk bertegur sapa dengan petugas media ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan dua menteri besar iaitu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan turut melawat Laman Media.

KELAB 1PUTERA 1MALAYSIA SEDIAKAN BANTUAN PERUBATAN

Kelab Putera 1Malaysia yang selama ini lebih dikenali dengan misi kemanusiaan di dalam dan di luar negara, mengambil inisiatif menyediakan bantuan awal perubatan di Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Sekumpulan 10 sukarelawan kelab itu yang bekerja secara bergilir dari 7 pagi hingga 11 malam sejak perhimpunan bermula, mengenakan rompi jingga dan menggalas 'Ambu Bag' yang mengandungi tangki oksigen mudah alih bagi memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Mereka juga menyediakan dua ambulans kategori 'A' yang dilengkapi kemudahan untuk pembedahan kecil.

"Tugas kami sekadar beri rawatan awal sebelum dirujuk kepada pusat rawatan sementara Hospital Kuala Lumpur di Aras 3, PWTC," kata Mohd Khusaini Hassan yang mempunyai pengalaman 11 tahun dalam bidang itu.

SONGKOK TINGGI PILIHAN GOLONGAN MUDA

Songkok setinggi lima dan enam inci yang digemari anggota Umno pada tahun 40-an dan 50-an kini kembali menjadi pilihan anggota muda parti itu.

Peniaga songkok, Jaswar Januar berkata kira-kira 60 peratus daripada lebih 500 songkok yang dijualnya setakat ini merupakan jenis itu.

Katanya, harga yang dijual berbeza mengikut ketinggian songkok iaitu antara RM50 dan RM60 bagi yang setinggi lima inci, dan RM61 hingga RM65 bagi songkok tinggi enam inci.

Harga juga mengambil kira saiz lilitan dan jenis baldu yang digunakan.

"Masa Perhimpunan Pergerakan Pemuda Umno dua hari lepas saya suka tengok ramai perwakilan Pemuda pakai songkok ini, mengenangkan kembali saya kepada zaman Datuk Onn Jaafar yang suka pakai songkok tinggi dengan cara yang senget ke tepi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan