Untung Enam Bulan Petronas Naik 50.9% Kepada RM40 Bilion

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mencatatkan kenaikan sebanyak 50.9 peratus dalam untung bersihnya kepada RM40 bilion bagi enam bulan pertama sehingga 30 September 2011 daripada RM26.5 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama tahun kewangan sebelumnya.

Syarikat tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.6 bilion, berbanding RM39.6 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan bagi enam bulan pertama meningkat sebanyak 25.3 peratus kepada RM144.8 bilion daripada RM115.5 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) bertambah sebanyak 39.4 peratus kepada 64.7 bilion daripada RM46.4 bilion pada suku yang sama sebelumnya.

Bagi suku kedua, untung bersih melonjak 53.8 peratus kepada RM18.3 bilion daripada RM11.9 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama.

Perolehan bagi suku kedua meningkat sebanyak 26 peratus kepada RM71.8 bilion daripada RM57 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama sebelumnya, manakala EBITDA naik 44.3 peratus kepada RM30.6 bilion daripada RM21.2 bilion pada suku kedua tahun kewangan sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, kenaikan dalam untung bersih itu berikutan margin keuntungan kasar yang lebih tinggi meskipun persekitaran kos yang meningkat.

Beliau berkata, perolehan yang bertambah baik disebabkan oleh harga yang lebih tinggi dalam produk Petronas, sebahagiannya dinafikan oleh Ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika.

"Hasilnya di luar jangkaan kami. Melangkah ke hadapan, kami melihat keuntungan sebelum cukai antara RM70 bilion dan RM75 bilion untuk akhir tahun. Itu berdasarkan bagaimana pasaran bergerak masa ini," kata beliau pada sidang media ketika mengumumkan prestasi kewangan Petronas bagi suku kedua dan enam bulan bagi tahun kewangan semasa di sini, Khamis.

Shamsul Azhar menambah, beliau menjangkakan harga minyak mentah berlegar antara AS$85 hingga AS$87 setong pada tahun hadapan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan