Taat Undur Diri Bila Diminta Berbuat Demikian - Najib

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan ahli Umno diseru supaya terus taat dan setia kepada parti walaupun diarahkan mengundur diri daripada kedudukan sedia ada.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau yakin bahawa antara ciri-ciri baik yang dimiliki oleh ahli Umno ialah mereka tidak akan mengkhianati parti walau dalam apa jua keadaan.

"Orang Umno harus mencipta kebaikan untuk parti. Apabila sesuatu keputusan telah dibuat, jika tidak menyalahi syariat, maka wajiblah ditaati.

"Contohnya kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa.

"Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di PWTC, di sini, Khamis.

Kenyataan beliau dilihat merujuk kepada seruannya sebelum ini ketika menyampaikan Taklimat Presiden bahawa pemimpin yang merasakan diri mereka bukan lagi calon boleh menang mengundur diri secara sukarela.

Selain itu Najib yang Perdana Menteri berkata, sokongan padu harus diberikan kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk mewakili parti dan Barisan Nasional (BN).

"Ambillah contoh Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang.

"Inilah dia, watak, dan keperibadian pejuang sejati yang kita inginkan dalam susuk diri orang-orang Umno," katanya.

Dalam pada itu Najib mengingatkan agar ahli Umno tidak menjadi pengkianat kepada parti sekiranya tidak tidak dipilih semula ataupun tidak diberi peluang bertanding.

"Bercakap tentang taat setia juga, kita tak mau, bila depan kita disuruh angguk, dia angguk, disuruh geleng, dia geleng. Tapi di belakang lain pulak halnya.

"Jangan tikam dari belakang dan jangan pulak main belakang. Bak kata pepatah, janganlah telunjuk saja lurus tetapi kelingking berkait," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan