Perhimpunan Agung Umno: Jika Ada Calon Lebih Baik Berikan Laluan

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih ramai anggota Umno patut menyatakan hasrat tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya ada calon lain yang lebih baik bagi meringankan pucuk pimpinan memilih calon boleh menang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata: "Ini akan memberikan perdana menteri selaku presiden parti melakukan kerja dengan lebih mudah dan dapat mengelakkan lebih ramai yang terentak hati atau berkecil hati."

"Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dua lagi Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Ahmad Zahid berkata anggota Umno harus menilai sama ada mereka dapat membantu parti untuk memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian seperti yang dinyatakan oleh presiden Umno dalam ucapan dasarnya.

Sementara itu, Hishammuddin pula berkata, wakil rakyat yang sedia ada perlu melihat sejarah Umno yang mana pimpinan tertinggi parti sebelum ini seperti Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sanggup meletakkan jawatan ketika mereka berada di puncak bagi meneruskan kelangsungan parti.

"Siapalah kita ini, kalau kita tengok presiden sebelum ini daripada kita, Tun Hussein, Tun Mahathir, Tun Abdullah sanggup lakukannya demi kelangsungan parti dan melakukannya dengan tertib dan sopan, siapalah kita ini di peringkat wakil rakyat.

"Jadi ini bukanlah satu perkara yang unik kerana tunjuk ajarnya telah pun ada dan ia boleh dilihat kepada sejarah orang-orang Umno yang sayangkan dan cintakan parti iaitu di peringkat kepimpinan yang tertinggi," katanya.

Shafie pula berkata, dalam keadaan landskap politik pada masa kini, keadaan telah jauh berubah dan memerlukan anggota Umno melakukan pengorbanan demi kelangsungan perjuangan parti.

"Maknanya bila sampai masanya, cinta kita dan sayang kita pada parti berterusan, perkhidmatan kita juga berterusan sama ada di depan atau pun sebagai penyokong. Yang penting kuasa kita kekal bawah Barisan Nasional," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan