Pembaharuan Oleh Umno Buktikan Ia Tidak Gentar Dengan Demokrasi

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Umno adalah parti yang mendakap demokrasi dan bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politiknya.

Najib berkata, oleh sebab itulah apabila beliau mengambil alih tampuk kepimpinan parti dan kerajaan 30 bulan yang lalu, beliau dan rakan-rakan sama ada dalam Majlis Tertinggi Umno, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah dan pembaharuan.

"Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang Umno diberi hak untuk memilih pemimpin mereka," katanya dalam ucapan dasarnya bertajuk "Umno Menjuarai Transformasi" pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Khamis.

Katanya, sikap Umno yang sentiasa mendakap demokrasi itu tepat digambarkan oleh pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating" (belum tahu buruk baiknya kalau belum dicuba).

Sebenarnya kata Najib, jika dihalusi parti-parti pembangkang lebih tidak demokratik daripada Umno.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan