Najib Harap Ucapan Dasarnya Cetuskan Semangat Baru Dalam Umno

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu anggota parti menghayati ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 dan membawa pulang mesej berkenaan ke kawasan masing-masing ketika melakukan khidmat bakti untuk parti dan juga rakyat.

Perdana Menteri berharap cetusan semangat pada perhimpunan kali ini dapat menjadikan jentera Umno lebih bertenaga untuk bekerja sekuat mungkin bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.

"Saya percaya setiap daripada kita dapat meletakkan sasaran dan tanda aras yang tinggi, yang mana gerak kerja kita yang tersusun dan terancang akan mengatasi pihak lawan," katanya pada jamuan tengah hari bersama Umno Bahagian Pekan, di PWTC, Khamis.

Mengenai intipati Ucapan Dasar Presiden yang disampaikannya pagi ini, Najib berkata beliau mahu anggota Umno bukan sekadar menjadi anggota tetapi "orang Umno".

"Saya harap kita sematkan dalam hati dan minda kita. Kalau orang Umno, dia taat, setia, kasih, sayang, kuat kerja dan tidak pernah khianati parti. Inilah mesej utama yang saya cuba sampaikan, selain rentetan sejarah perjuangan kita dan cabaran-cabaran baru serta adaptasi daripada segi apa yang boleh kita lakukan sebagi sebuah organisasi politik.

"InsyaAllah bila genderang dipalu nanti kita berada dalam keadaan yang cukup kemas untuk menjamin kemenangan cemerlang sekali lagi," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan