Kelab Umno Luar Negara Penting Sebagai Wadah Latih Pelapis Masa Depan - Khaled Nordin

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat anggota-anggota Kelab Umno Luar Negara sebagai golongan pelapis yang suatu hari nanti akan memgambil alih teraju kepimpinan parti dan negara.

Katanya mereka harus didedahkan kepada ilmu-ilmu kepimpinan dan kenegaraan kerana di tangan merekalah masa depan negara ini terletak.

"Parti memerlukan golongan cerdik pandai bagi memastikan kesinambungan perjuangan Umno itu diteruskan oleh generasi akan datang...sebab itulah tujuan kita mewujudkan Kelab Umno Luar Negara iaitu sebagai wadah untuk melatih generasi kepimpinan akan datang," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Kelab Umno Luar Negara di PWTC petang Khamis.

Khaled berkata, negara meletakkan harapan yang tinggi kepada pelajar-pelajar di luar negara kerana mereka adalah di antara yang terbaik dari kalangan yang terbaik.

"Dan potensi mereka ini perlu digilap untuk terus memperjuangan agenda Melayu dan agama di masa hadapan. Potensi ini tidak perlu dihentikan dengan sekadar menerajui Kelab Umno Luar Negara tetapi mereka mesti bersedia untuk menawarkan perkhidmatan, memberikan idea dan bersedia untuk berkorban bagi membantu rakyat apabila tamat belajar kelak," katanya lagi.

Khaled juga berharap para peneraju Kelab Umno Luar Negara akan mula memperkenalkan diri dan berhubung dengan Umno Bahagian di tempat kelahiran masing-masing apabila mereka kembali ke tanah air selepas tamat belajar nanti.

"Tunjukkan kemampuan diri sehingga Umno Bahagian tidak boleh mengenepikan saudara-saudari," katanya kepada 65 orang perwakilan Kelab Umno Luar Negara yang menghadiri Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung di PWTC sekarang. Wakil-wakil Kelab Umno Luar Negara ini mewakili 18 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Rusia, Mesir, Indonesia dan United Kingdom.

Dalam sesi dialog bersama wakil-wakil Kelab Umno Luar Negara itu, Khaled berkata beliau turut mengambil peluang untuk menerangkan mengapakah Umno berbeza daripada parti-parti lain.

"Ini adalah kerana perjuangan kita berasaskan prinsip yang jelas bahawa kewujudan kita untuk memastikan agenda Melayu dan agama terus dipertahankan tetapi pada masa yang sama tetap berlaku adil dan tidak zalim kepada kaum-kaum lain," katanya.

Beliau menambah, sikap adil Umno dapat dilihat dalam pelbagai aspek termasuklah apabila sanggup berkongsi kuasa dan kesediaan kerajaan memberikan kebenaran untuk membuka Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) kepada kaum lain serta kebenaran untuk membina kuil dan tokong.

Mengulas mengenai tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan tidak berlaku adil apabila tidak membiayai SJK, Mohamed Khaled menjelaskan, kerajaan tidak berbuat demikian kerana belanja untuk membiayai sebuah sekolah kebangsaan adalah tinggi dan sekolah kebangsaan adalah terbuka kepada semua kaum.

Tambahnya, pada masa yang sama, kerajaan juga tidak membiayai sekolah-sekolah pondok agama tetapi menyalurkan bantuan yang turut diberikan kepada SJK dan juga sekolah-sekolah mubaligh.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan