Jwtkuasa Pilihan Khas Parlimen Harap Dakwat Kekal Dapat Digunakan Pada PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya berharap dapat melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Dewan Rakyat bersetuju dengan sepuluh usul termasuk penggunaan dakwat kekal yang dibentangkan oleh jawatankuasa itu.

"Isu dakwat sangat penting. Ia ambil masa agak lama untuk dilaksanakan..ia hanya peraturan malah Peguam Negara telahpun menyatakan ia sudah ada dalam draf.

"Paling penting ialah melihat (isu) dakwat, dengan meminta saintis untuk pengesahan dan malah meminta Fatwa sama ada ia boleh digunakan atau tidak," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, pada Khamis.

Sehubungan dengan itu, Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, jawatankuasa itu akan mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi yang berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi meneliti penggunaan dakwat kekal itu sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan empat sesi pendengaran awam bermula Jumaat depan bagi mendapat maklum balas daripada semua pihak berhubung perkara itu.

Katanya, jawatankuasa itu juga akan meneliti perkara-perkara yang dibangkitkan dalam pendengaran awam dan dalam Dewan Rakyat ketika ia dibentangkan sebelum ia dimuktamadkan.

Ongkili berkata, laporan akhir berhubung penggunaan dakwat kekal dijangka siap sepenuhnya pada 3 April tahun depan.

Sembilan usul lagi yang dibentangkan termasuk pengundi awal dan pengundi yang berada di luar negara akan mengambil sedikit masa kerana melibatkan penambahbaikan beberapa agensi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan