Dewan Rakyat: Karpal Singh Diarah Keluar Dewan Bila Enggan Dengar Nasihat Tim. Speaker

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sikap anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh yang enggan mendengar arahan dan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengundang padah apabila beliau diperintahkan meninggalkan dewan. Perintah itu berikutan keengganan Karpal menarik balik gelaran 'binatang' yang ditujukan kepada anggota parlimen N.Gobalakrishnan (Bebas-Padang Serai).

Gobalakrishnan yang agak tersinggung dengan gelaran itu, meminta supaya Wan Junaidi merujuk anggota parlimen Gelugor itu kepada peraturan mesyuarat 36(6)dan meminta Karpal menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada beliau.

"Perkataan 'binatang' jangan diguna kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Sama ada ahli itu layak atau tidak duduk di dewan ini, perkataan itu seharusnya tidak digunakan. Biarlah dewan ini yang membuat keputusan. Sila Yang Berhormat... tarik balik," kata Wan Junaidi kepada pengerusi DAP itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan menarik balik dan berkeras dengan gelaran 'binatang' itu kerana sikap Gobalakrishnan yang mencelah ketika sesi perbahasan.

"Apa yang saya cakap tadi, saya tidak akan tarik balik. Dan saya tidak ada masalah untuk keluar," katanya.

Atas sikap itu, Wan Junaidi mengarahkan Karpal untuk meninggalkan Dewan selepas selesai sesi penggulungan laporan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Terdahulu pada sebelah pagi, pertikaman lidah tercetus hingga Gobalakrishnan diarahkan keluar dewan, apabila beliau tidak henti-henti meminta Yang Dipertua Dewan untuk merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) kepada peraturan 36(6).

Beliau mahukan Anwar menarik balik kenyataan 'mabuk' dan 'tidak tahu membaca' yang ditujukan kepadanya ketika meminta laluan semasa sesi perbahasan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sementara itu, Dewan Rakyat meluluskan 10 syor dalam laporan awal jawatankuasa itu.

Laporan itu dibentangkan oleh Pengerusinya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang kemudiannya dibahaskan lapan anggota parlimen termasuk Anwar.

Selain penggunaan dakwat kekal, syor lain jawatankuasa itu ialah mengenai pengundian awal; pengundi tidak hadir luar negara; pengundi luar kawasan; penukaran kawasan pendaftaran; pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan