Bekas Pemangku Raja Perlis Mangkat

Diterbitkan: Khamis, 1 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas Pemangku Raja Perlis, Datuk Seri Diraja Dr Syed Mahmood Syed Hussain Jamalullail yang mangkat di Kuala Lumpur petang semalam dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau dekat sini, Khamis.

Almarhum berusia 93 tahun meninggal dunia di Pantai Medical Centre pukul 4.15 petang kerana sakit tua.

Jenazahnya dibawa pulang ke Perlis disembahyangkan di Masjid Negeri, Arau dan dikebumikan di Makam Diraja Lama Arau pukul 9.30 pagi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut menziarahi jenazah almarhum di Masjid Negeri dan kemudiannya mengiringi ke makam yang terletak berhampiran masjid.

Turut memberi penghormatan terakhir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri Perlis, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail, Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Azizan Hamid dan Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron.

Almarhum pernah menjadi pemangku Raja Perlis selama kira-kira dua tahun bermula 1960 semasa Raja Perlis ketika itu, Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong yang ketiga.

Pada tahun itu Dr Syed Mahmood dilantik sebagai Yang Dipertua Jemaah Pemangku Raja Perlis bagi menjalankan tanggungjawab sebagai raja pemerintah.

Almarhum adalah bapa saudara kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan