Vespa Khas Edisi Umno Dipamer Di PWTC

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vespa LX 150 tunggal berwarna jaluran Harimau Malaya edaran Naza Bikers menjadi tarikan pada Persidangan Agung UMNO 2011 di PWTC di sini, Selasa. Vespa berharga RM10,988.15 itu dihasilkan semenjak skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu untuk menarik minat generasi muda.
Vespa LX 150 tunggal berwarna jaluran Harimau Malaya edaran Naza Bikers menjadi tarikan pada Persidangan Agung UMNO 2011 di PWTC di sini, Selasa. Vespa berharga RM10,988.15 itu dihasilkan semenjak skuad bola sepak negara menjuarai Piala AFF Suzuki tahun lalu untuk menarik minat generasi muda.

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini Naza Premira Sdn Bhd menarik perhatian pengunjung dengan vespa edisi khas 'Harimau Malaya', hari ini mereka menampilkan vespa edisi khas Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2011.

Eksekutif Jualan Naza Premira Sdn Bhd, Zainal Faiz Zainal Fitri berkata, vespa itu dihasilkan daripada model Vespa LX150, berenjin empat silinder dengan kuasa 149.5cc dan berharga RM10,988.15 di atas jalan.

"Sekarang kita hanya pamerkan sebuah vespa edisi khas ini namun sekiranya ada tempahan, kita akan sediakan corak yang sama seperti mana yang dipamerkan hari ini," katanya kepada Bernama, di sini.

Setiap vespa edisi khas yang ditempah akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk disiapkan mengikut teknik yang diminta pelanggan iaitu 'air-brush' atau 'sticker'.

"Tempahan vespa yang menggunakan teknik 'air-brush' agak eksklusif mengambil sedikit masa untuk disiapkan kerana ia rumit dan memerlukan kos sekitar RM2,000 untuk disiapkan," katanya.

Beliau berkata, mereka yang berminat boleh membuat tempahan di kaunter yang dibuka di aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra sehingga 3 Disember ini.

Motosikal jenis vespa menjadi pilihan Naza kerana vespa menampilkan gaya santai dan menawan selain mempunyai teknologi tinggi yang mampu menarik minat golongan muda, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan