Seksualiti Merdeka: Pembangkang Tangguk Di Air Yang Keruh

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pembangkang diibaratkan menangguk di air yang keruh dalam isu seksualiti merdeka apabila tidak berani menghentam program terbabit kerana bimbang undi golongan tersebut tidak menyebelahi mereka.

Ketua Puteri Umno Tambun, Azana Abdul Aziz berkata, soal maruah akan menjadi masalah besar kepada perjuangan Puteri di masa hadapan tetapi tidak mahu Umno dicorakkan oleh generasi seperti itu hanya kerana mahukan undi.

“Kita mahukan Umno mencorakkan generasi muda supaya menjadi generasi yang bermaruah dan boleh dibanggakan.

“Kita tidak mahu Umno kena wujudkan sayap baru yang dipanggil pergerakan pemuda tangan patah di masa hadapan,” katanya semasa membahaskan usul pendidikan pada Perhimpunan Agung Puteri Umno di sini pada Rabu.

Beliau seterusnya menyarankan agar kerajaan dapat menambah peruntukan untuk pendidikan pra sekolah agar melahirkan generasi yang dapat menyambut dasar pendidikan negara.

“Kita tidak mahu minda anak-anak kecil diracuni dengan pemikiran yang negatif apabila wujud tadika atau pra sekolah oleh pihak yang tidak menyenangi perjuangan kita,” katanya dan menambah, contoh yang paling jelas adalah tadika PASTI.

Azana seterusnya menyarankan supaya semua pendidikan pra sekolah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membendung perbuatan mengeksploitasi anak-anak kecil untuk kepentingan politik kotor pihak-pihak tertentu.

Beliau juga mencadangkan agar Biro Pendidikan dalam Majlis Tertinggi Umno dan pergerakan sayap-sayap agar dapat diperkasakan semula untuk membantu parti dalam usaha mendapatkan maklumat di peringkat bawahan mahupun pelaksanaan dasar pendidikan negara.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan