Scomi Sediakan 12 Set Tren Empat Gerakan Untuk KL Monorel

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Scomi Rail Bhd, anak syarikat Scomi Engineering Bhd, akan menyediakan 12 set tren empat gerabak baru bagi Laluan KL Monorel sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain berkata, set pertama akan mula beroperasi pada November tahun depan.

"Set tren baru itu akan meningkatkan jumlah penumpang bagi satu tren daripada 98 kepada 128 orang.

"Ini merupakan anggaran kenaikan kira-kira 40 peratus dalam bilangan penumpang bagi satu tren," katanya pada sidang akhbar mengenai projek pengembangan armada KL Monorel di sini.

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Shah Hakim juga berkata, di bawah kontrak bernilai RM494 juta dengan Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) itu, Scomi juga akan menaik taraf stesen monorel dan sistem elektrik dan mekaninal, serta membina depot baru.

Projek itu dijangka selesai pada Julai 2013, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar berkata, tren dua gerabak sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya apabila tren empat gerabak baharu itu diterima.

"Kami akan menjadikan set ini (tren dua gerabak) sebagai barang ganti. Kami juga berharap sekiranya terdapat kemungkinan laluan sekarang diperluaskan di masa depan," katanya.

Beliau menambah, projek perluasan laluan itu akan melibatkan dua kuil di Brickfields dan semua isu telah diselesaikan selepas pelbagai perbincangan dengan komuniti kuil dan ketua-ketua mereka diadakan. "Semua orang gembira. Kedua-dua pihak sangat gembira. Mereka akan mendapat pampasan dan sebidang tanah. Kedua-duanya gembira dengan penyelesaian itu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan