Sabah Catat Penambahan Keahlian Puteri Tertinggi

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan penambahan keahlian Puteri Umno tertinggi dengan peratusan 13.04 peratus, manakala negeri yang ditadbir oleh pembangkang, Kelantan mencatatkan penambahan sebanyak 8.05 peratus untuk berada di kedudukan kedua.

Berdasarkan kedudukan yang diumumkan pada Persidangan Perwakilan Tahunan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu, Melaka berada di tangga ketiga dengan penambahan keahlian sebanyak 7.60 peratus.

Sabah juga kekal mengungguli tiga kedudukan tertinggi bagi penambahan keahlian tertinggi mengikut bahagian apabila tiga daerahnya menduduki kedudukan teratas.

Tiga daerah tersebut adalah Kinabatangan, Sepanggar dan Beufort.

Dua lagi daerah iaitu Mersing dan Parit Sulong yang terletak di Johor iaitu negeri yang dilabel sebagai 'deposit tetap' oleh Pakatan Rakyat masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan