Rakyat Kelantan Perlu Buat Perbandingan Kerajaan Mana Pentingkan Kebajikan

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Bahagian Tanah Merah, Dayang Saniah Awang Hamid menggesa seluruh rakyat Kelantan agar membuat perbandingan yang lebih baik dan rasional mengenai kerajaan mana mementingkan kebajikan.

Beliau berkata, Kelantan tidak pernah terpinggir daripada arus kemajuan perdana namun rakyat negeri itu masih tidak tahu memilih yang mana intan dan mana kaca.

"Setiap kali timbul kegagalan Pas menangani sesuatu isu, pastinya dikatakan agenda jahat Umno.

"Dalam media baru-baru ini mengatakan bagaimana kotornya sumber air untuk kegunaan makan, minum dan keperluan di Kelantan berikutan mengandungi bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.

"Pak-pak lebai hanya tahu mengira untung rugi hasil balak, ladang dan komisyen rakyat sahaja.Adakah ini dinamakan kerajaan berkebajikan?," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) di sini, Rabu.

Dayang Saniah bertanya ke manakah perginya bantuan RM600 juta yang diberi untuk bekalan air bersih.

Dan mana juga janji-janji yang ditabur serta manifesto pilihan raya yang sepatutnya hendak ditunaikan.

"Jangan tahu hanya menuding jari, tunaikan dulu amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat," katanya.

Beliau menambah, ribuan janji yang ditabur oleh kerajaan PAS tidak membawa sebarang perubahan.

"Masalah air tidak berkesudahan dan isu ladang rakyat serta pengambilan tanah yang diusahakan rakyat tidak membawa pembaharuan.

"Dengan segala kemudahan, bantuan dan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan pusat (namun) kita masih dituduh zalim dan tidak berperikemanusiaan," ujarnya.

Dayang Saniah turut menyebut beberapa contoh lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah memperuntukkan sebanyak RM77.8 juta kepada Kelantan jauh lebih banyak berbanding RM7 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran turut mengumumkan bahawa pelajar Sekolah Agama Rakyat juga menerima bantuan RM100 sebagai bantuan khas persekolahan sebagaimana yang diterima oleh sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat Kelantan dalam membuat perbandingan dan keputusan, mereka harus bijak menentukan kerajaan berkebajikan yang bagaimanakah yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat.

"Insaflah rakyat Kelantan, kembalikanlah Kelantan kepada kerajaan Barisan Nasional," katanya lagi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan