Puteri Sokong Pindaan AUKU

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Puteri menyokong keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa untuk menyertai politik.

Beliau menambah, kesediaan untuk meminda AUKU menjadi lambang kepercayaan kepada mahasiswa yang merupakan kelompok terbesar berpengaruh di dalam golongan muda.

"Jangan sesekali kita khuatir universiti adalah sarang pembangkang, sedangkan hakikatnya begitu ramai mahasiswa yang menjadi aset kepada kita.

"Cuma peluang tidak dibuka dan ruang jarang disediakan serta kerana kurangnya rasa percaya kita, permata-permata negara ini tidak digilap dan kemilaunya dibiarkan malap," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Tahunan Pergerakan Puteri Umno di sini, Rabu.

Beliau juga berkata, golongan mahasiswa tidak boleh disekat kebebasannya untuk berfikir dan perlu didekati dan difahami agar mereka boleh memahami kesucian perjuangan Puteri.

Selain itu, Rosnah juga memberitahu, Puteri perlu bijak dan matang dalam mengendalikan media baru kerana masyarakat bukan lagi bodoh untuk hanya menerima setiap cerita secara membabi buta.

"Politik dan media baru sudah menjadi begitu sebati. Jika betul strategi media, kita boleh menuai hasil yang lebih daripada munasabah dalam sesebuah perjuangan.

"Media adalah senjata baru politik. Kita tidak mahu media baru ini hanya menjadi senjata yang begitu sinonim dengan pembangkang," tambahnya.

Beliau juga berkata, Pergerakkan Puteri Umno sentiasa mengalu-alukan bloger-bloger untuk berbincang bagi mencari pendekatan yang paling berhikmah dalam memenuhi tuntutan politik.

Selain itu, Puteri juga menurutnya akan terus memperkasakan setiap ahlinya dengan asas pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan dan menguruskan media baru supaya tidak tersasar daripada landasan perjuangan yang sebenarnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan