Pinda AUKU: Pemuda Umno Perlu Alih 'Medan Permainan'

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno perlu menggunakan pendekatan baru bagi mendekati golongan muda termasuk yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi terutamanya selepas kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974.

Perwakilan Perak, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda kini perlu melebarkan pengaruh dan gerak kerja mereka di 'medan permainan' baru bagi memastikan golongan muda akan terus menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Saya nak ingatkan bahawa padang permainan kita sudah berubah. Apabila kerajaan luluskan pindaan AUKU nanti, kita perlu beralih ke universiti dan kolej-kolej.

"Kita perlu mendekati golongan berkenaan kerana jumlahnya semakin ramai dan akan bertambah setiap tahun," katanya ketika berucap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Persidangan Agung Tahunan sayap itu di PWTC di sini, Rabu.

Pada persidangan Dewan Rakyat Minggu lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 AUKU bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli mana-mana parti politik.

Selain itu Khairul Azwan yang juga Ketua Pemuda Umno Perak berkata, sayap Umno itu perlu menggunakan pendekatan terbaik untuk mendekati golongan muda.

Tambah beliau tindakan agresif pembangkang meraih sokongan golongan muda perlu dihalang sekiranya Pemuda mahu golongan berkenaan menyokong Umno dan BN.

"Kalau kita tak bersedia untuk berhadapan dengan penuntut universiti dan kolej, bagaimana kita nak menyaingi pembangkang dalam soal ini.

"Mereka sudah lama mendekati mereka (penuntut universiti). Jadi kita perlu lakukan transformasi, perkara ini tidak boleh kita nafikan.

"Kita perlu turun ke universiti dan kolej untuk dekati mereka...dekati jiwa penuntut-penuntut ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan