Menjatuhkan Calon Pilihan Parti Sama Seperti Jatuhkan Parti - Berita Semasa | mStar

Menjatuhkan Calon Pilihan Parti Sama Seperti Jatuhkan Parti

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli-ahlinya, perbuatan sabotaj atau menjatuhkan rakan sepasukan sekiranya tidak terpilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum akan datang adalah sama seperti menjatuhkan parti sendiri.

Beliau menambah, pilihan raya ke-13 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja adalah pilihan raya yang paling sengit dan mencabar dalam sejarah negara dan merupakan peperangan yang akan menentukan jatuh bangun parti Umno. "Peperangan ini adalah peperangan seluruh jentera parti, untuk setiap sayap dan setiap ahli.

"Kalaupun tidak dipilih sebagai calon, jangan jatuhkan rakan sepasukan kerana kekalahan rakan sepasukan adalah kekalahan parti secara keseluruhan," katanya pada ucapan dasarnya di Persidangan Perwakilan Tahunan Puteri Umno di PWTC pada Rabu.

Beliau memberitahu, Puteri juga berpotensi untuk menjadi calon boleh menang pada pilihan raya yang akan datang.

Bagaimanapun, beliau menambah, Puteri akan terus menyokong sesiapa sahaja calon boleh menang yang bertanding meskipun tiada ahli Puteri disenaraikan.

"Puteri hendaklah menjadi tulang belakang untuk transformasi politik yang dicadangkan oleh perdana menteri.

"Puteri datang daripada rakyat dan kepada merekalah Puteri akan kembali menabur khidmat," katanya dan menambah, Puteri merasa setiap jerih rakyat.

Beliau juga berkata, Puteri akan bangun mempertahankan Umno jika dikutuk selain akan tegar menentang jika ada yang berani menghina atau mempertikaikan hak Melayu atau mempermainkan Islam.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan