Masalah Besar Tidak Ada Orang Fikir Dia Tak Boleh Menang

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Undur diri secara sukarela bagi memberi lalaun kepada 'calon boleh menang' bertanding merupakan formula terbaik untuk memastikan kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tetapi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, masalah yang paling besar ialah tidak ada mana-mana pemimpin yang sanggup mengaku bahawa mereka berada dalam kategori calon tidak boleh menang.

"Itu (undur sukarela) sepatutnya menjadi senario terbaik. Sepatutnya jika mereka sendiri rasa tidak lagi boleh menang...baik berundur untuk tidak bertanding lagi.

"Tapi masalahnya tidak ada sesiapa yang ingat dia tak boleh menang. Jadi kita minta mereka muhasabah diri...tanya diri sendiri seikhlas-ikhlasnya," kata Khairy kepada pemberita selepas menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di PTWC, Rabu.

Beliau mengulas mengenai laporan media massa hari ini bahawa Presiden Umno yang juga Perdana Menteri mahu agar pemimpin parti itu yang merasakan diri mereka tidak boleh menang supaya berundur secara sukarela.

Saranan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak itu dibuat dihadapan kira-kira 5,447 perwakilan pada sesi Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup Selasa.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau berada dalam kategori calon boleh menang pada PRU-13 akan datang, Ahli Parlimen Rembau itu berkata: "Terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berdasarkan maklum balas daripada orang ramai.

"Bukan saya untuk katakan sama ada saya calon boleh menang ataupun sebaliknya," katanya.

Mengulas sama ada beliau tetap dengan keputusannya sebelum ini untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008, Khairy berkata: "Perkara itu juga akan saya serahkan kepada perdana menteri untuk tentukan."

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan