Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed dianugerahkan Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno pada Perhimpunan Agung pergerakan tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Rabu. Lisa Surihani yang merupakan Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semasa ditemui berkata, beliau berbesar hati dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

"Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni," katanya yang merupakan graduan jurusan undang-undang.

Lisa juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ahli Puteri Umno.

"Tetapi berada di perhimpunan seperti ini telah menyuntik semangat saya," katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik.

Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri juga dianugerahkan kepada Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan yang juga seorang anggota Puteri sejak beberapa tahun yang lalu.

"Saya hanya mendapat tahu tentang anugerah ini lima hari yang lalu. Saya langsung tidak menjangkakan akan diberi penghormatan sebegini rupa," katanya dan menambah akan terus berkhidmat kepada Puteri.

Beliau yang giat mengajar kelas al-Quran dan tajwid kepada guru-guru sekolah agama di seluruh negara juga memberitahu terpaksa membatalkan beberapa kelas yang dijadualkan Rabu untuk hadir menerima anugerah itu.

Tiga lagi penerima anugerah itu adalah pemenang pingat emas acara renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi, penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.

Harlina yang mengusahakan perniagaan jambu batu berkata, anugerah itu membuktikan bahawa wanita muda juga boleh berjaya jika berusaha dan mempunyai semangat yang kuat serta tidak mudah putus asa.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan