Linkedin Kini Dalam Bahasa M'sia

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laman rangkaian profesional terbesar dunia, LinkedIn, kini boleh didapati dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan kegunaan kalangan profesional Malaysia yang mahu menjadi lebih produktif dan berjaya.

Termasuk dalam tambahan baharu itu, ahli-ahli pada masa ini dan bakal ahli kini mempunyai 12 bahasa untuk dipilih daripada laman sesawang.

"Penyediaan Linkedin dalam bahasa tempatan akan mempercepatkan keseluruhan generasi baharu pengguna LinkedIn di dalam negara tersebut, sekali gus meningkatkan pengalaman keseluruhan komuniti," kata Cliff Rosenberg, Pengarah Urusan LinkedIn Australia, New Zealand dan Asia Tenggara.

Beliau berkata, idea untuk menambah Bahasa Malaysia ke dalam senarai ialah untuk menyampaikan nilai kepada golongan profesional dan dalam berbuat demikian, perlunya lebih bersifat tempatan dan relevan.

"Hampir 700,000 profesional di Malaysia telahpun memperkenalkan identiti profesional mereka, membina rangkaian masing-masing dan mendapatkan akses dan peluang ke atas LinkedIn," kata Rosenburg kepada pemberita pada majlis pelancaran Linkedin Bahasa Malaysia di sini, Rabu.

Ditanya mengapa mereka memilih Malaysia, beliau berkata, ia adalah berikutan kadar penembusan Internet yang tinggi di sini, dilihat daripada lebih daripada 17.5 juta pengguna Internet di dalam negara.

Setakat 3 November, LinkedIn mempunyai lebih 135 juta ahli seluruh dunia dari 200 negara.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan