Hanya Semangat Setiakawan Dapat Tangkis Serangan Pembangkang

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Pergerakan Wanita Umno diingatkan bahawa hanya semangat setia kawan di antara mereka akan dapat menangkis serangan pembangkang.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, setia kawan menjadikan Wanita Umno sentiasa mengharungi apa jua cabaran terutama asakan dan serangan jahat musuh terutama pembangkang secara bersama.

"Dan setia kawan inilah juga satu-satunya kekuatan pembangkang yang membentuk kesepakatan melampau sehingga yang betul dijadikan salah, yang asli dikatakan palsu dan yang benar dituduh berbohong.

"Dalam keadaan pembangkang yang semakin liar sekarang ini, tiada jalan mudah untuk melawan mereka kecuali kita bergerak bersama dalam satu semangat setia kawan yang tinggi," katanya dalam ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita Umno Malaysia di PWTC, Rabu.

Shahrizat berkata, sebenarnya mereka cemburu dan tidak mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh sayap Umno itu.

"Mereka berhasad atas keutuhan dan ukhwah yang kita bina, mereka berdengki atas kegemilangan pencapaian wanita Malaysia hari ini.

"Justeru, mereka dengan niat jahat menggempur kita dengan pelbagai kepalsuan dan fitnah untuk meracuni pemikiran rakyat," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli sayap supaya sedar bahawa pembangkang kini sedang menggandakan serangan.

"Kita akan menentang mereka habis-habisan. Sebagai sayap yang mempunyai ahli yang paling besar, Wanita Umno tidak akan mudah terpenjara dan terperangkap dalam persepsi musuh-musuh parti.

"Wanita Umno akan terus dengan peranannya, tetap bersatu hati membentengi parti, tetap berdiri gagah menongkah cabaran, tetap lasak menangkis serangan," katanya.

Pergerakan Wanita Umno mempunyai keahlian seramai 1.3 juta orang dari 191 bahagian dan mewakili 20,797 cawangan di seluruh negara.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan