Capital FM Realisasikan Hasrat & Inspirasi Wanita

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ho Kay Tat (empat dari kiri) bersama warga Capital FM di majlis pelancaran stesen radio itu di pejabat Capital FM, Menara Pejabat Tropicana City, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ONG SOON HIN
Ho Kay Tat (empat dari kiri) bersama warga Capital FM di majlis pelancaran stesen radio itu di pejabat Capital FM, Menara Pejabat Tropicana City, Petaling Jaya, Rabu. - Foto ONG SOON HIN

PETALING JAYA: Stesen radio baru untuk wanita sepenuhnya - Capital FM yakin mampu menjadi medium baru untuk merealisasikan hasrat dan inspirasi wanita di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Publications (Malaysia) Berhad merangkap Pengerusi Kumpulan Star Radio, Ho Kay Tat berkata, sebagai penggerak Capital FM, kami sama sekali teruja dan gembira untuk menyediakan medium baru secara menyeluruh untuk wanita di negara ini menikmati keunikan siaran radio.

“Tinggal sebulan sahaja lagi baki untuk tahun 2011 dan selepas itu kita akan memasuki tahun 2012...sebagai penggerak Capital FM, kami sama sekali teruja dan gembira untuk menyediakan medium baru secara menyeluruh untuk wanita di negara ini.

“Yang pasti, pelbagai segmen menarik dan penyampai terpilih bakal menjaminkan sesuatu yang mampu memenuhi keinginan setiap wanita, bermula dari awal pagi hingga lewat malam setiap hari,” kata beliau ketika berucap di majlis pelancaran Capital FM di pejabat Capital FM, di sini, Rabu.

Beliau juga yakin dengan adanya sebuah lagi stesen radio baru di bawah Kumpulan Star Radio akan menghasilkan gabungan yang mantap dengan pakej kandungan program dan kru yang unik selepas kemunculan radio 98.9, Red FM dan Suria FM di bawah Rimakmur Sdn Bhd.

“Dengan tawaran pelbagai portfolio media, Star Publications kini mensasarkan lebih banyak peluang pasaran dan pilihan untuk pengiklanan.

“Kami juga akan meneruskan peluang lain dalam menyediakan sesuatu kepada keperluan industri,” ujar beliau lagi.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Pengerusi Eksekutif, Star Publications (Malaysia) Berhad, Datuk Vincent Lee, Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Seri Wong Chun Wai dan Timbalan Ketua Penyiaran Kumpulan Star Radio, Tan Chong Kheng.

Capital FM membariskan penyampai-penyampai popular dan ternama seperti Asha Gill, Joanne Kam, Xandria Ooi, Patricia K, Sheela Haran, April Kuan, Joey G dan Liang serta seorang penyampai jemputan pada setiap bulan.

Stesen radio ini bakal ke udara secara rasmi pada 1 Disember menerusi frekuensi 88.9 di seluruh Lembah Klang, Bidor, Sungkai, Tanjong Malim, Kuala Lumpur, Klang, Petaling Jaya, Cyberjaya, Nilai dan sebahagian tempat di Seremban.

Stesen radio ini disasarkan kepada wanita urban yang berumur 25 hingga 35 tahun dengan tagline Women- The New Capital.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan