Banjir Di Kelantan Pulih Sepenuhnya

Diterbitkan: Rabu, 30 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pusat pemindahan banjir yang dibuka di Kelantan kini ditutup sepenuhnya berikutan banjir di negeri itu telah pulih.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, kesemua mangsa pemindahan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat sejak pagi Rabu.

Tinjauan Bernama di Pasir Mas, daerah yang paling teruk terjejas bencana banjir mendapati, kebanyakan penduduk sibuk membersihkan kediaman masing-masing yang dipenuhi lumpur dan kekotoran akibat ditenggelami air.

Bagaimanapun rata-rata penduduk yang ditemui berkata mereka masih menjangkakan negeri itu akan menghadapi kehadiran beberapa gelombang banjir lagi yang menyebabkan mereka tetap membiarkan barangan terus disimpan di tempat tinggi.

Seorang penduduk Kg Kedai Lama, Rantau Panjang, Hasmah Abdul Rashid, 56 berkata, beliau dan keluarganya tetap bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir kali kedua dengan memindahkan barangan ke tempat yang tinggi.

"Kalau tengok tahun-tahun lepas memang biasanya banjir datang beberapa kali. Sebab itu saya dan keluarga ambil keputusan letakkan barangan penting di tempat tinggi sehinggalah memang disahkan bukan lagi musim tengkujuh, sekarang ini cuma bersihkan apa yang patut," katanya.

Hasmah berkata, dia dan keluarganya lebih selesa berpindah ke pusat pemindahan banjir yang disediakan kerana keselamatan lebih terjamin.

Sementara itu, banjir yang melanda Kelantan sehingga kini telah meragut tujuh nyawa. Kesemua mangsa yang ditemui mati lemas itu adalah lelaki termasuk remaja dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan