Wanita Umno Buka Anugerah Nadi Negara Untuk Graduan Lelaki Mulai Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anugerah Nadi Negara yang diperkenalkan Wanita Umno untuk graduan wanita cemerlang akan dibuka kepada pelajar lelaki mulai tahun depan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengiktirafan itu bagi menggalakkan penuntut lelaki berusaha meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang pengajian masing-masing.

Untuk terpilih menerima anugerah ini, penuntut bukan saja cemerlang dalam bidang akademik seperti menerima Anugerah Dekan, tetapi juga aktif dalam kokurikulum serta berpotensi menjadi pemimpin negara, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Nadi Negara 2011, di sini hari ini.

Pada hari ini, seramai 20 graduan wanita menerima anugerah itu yang berupa iPad dan juga wang tunai.

Seorang penerima, Siti Mariam Abdul Lathiff, 22, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia), Universiti Teknologi Malaysia berkata berkata hadiah itu amat berharga buat dirinya dan keluarga.

Saya amat terkejut apabila dimaklumkan pada Ahad lepas akan menerima anugerah itu, katanya ketika ditemui.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi), Universiti Malaysia Pahang, Noor Izyannisa Sarjuni, anugerah itu merupakan hadiah hari jadi paling berharga buat dirinya yang genap berusia 22 tahun Khamis lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan