Wanita Umno Akan Lakukan Kerja Luar Biasa Seperti Saranan Presiden

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ahli-ahlinya akan melakukan gerak kerja yang luar biasa sepertimana yang disarankan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kata Shahrizat, presiden Umno itu mahu pemimpin dan ahli di semua peringkat memberi komitmen yang 'luar biasa' secara menyeluruh dalam pelbagai aspek bagi memastikan kejayaan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-13 nanti.

"Beliau menuntut perkhidmatan dan perjuangan luar biasa daripada semua pemimpin dan ahli-ahli Umno.

"Luar biasa yang dimaksudkan itu termasuklah perkhidmatan, perjuangan, ketaatan, kesetiaan dan perpaduan. Presiden mahu kita semua berhabis-habisan untuk memastikan kemenangan kita nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Presiden Umno di sini, Selasa.

Mengulas lanjut mengenai taklimat tertutup itu Shahrizat berkata, Wanita Umno memandang serius gesaan Najib dan bersedia untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

Tambah beliau, jentera parti khususnya Wanita Umno akan terus dimantapkan sebagai persediaan menghadapi PRU-13 yang semakin hampir.

"Kami Wanita Umno akan menyahut cabaran ini dengan memberi perkhidmatan yang luar biasa serta menggerakkan jentera parti pada semua peringkat," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan