PR 'Boikot' Perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keseluruhan anggota parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) telah bertindak keluar meninggalkan dewan ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman sedang berlangsung sambil mendakwa kerajaan ingin meneruskan juga pelaksanaannya tanpa mengambil kira pandangan mereka.

Lebih 70 anggota parlimen PR bangun meninggalkan dewan pada lebih kurang jam 3 petang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tindakan keluar meninggalkan dewan itu berlaku beberapa jam selepas Majlis Peguam bertindak mengadakan perarakan dari Taman Botanikal ke bangunan parlimen kerana memprotes beberapa perkara yang terkandung di dalam rang undang-undang itu.

Keempat-empat pemimpin pembangkang itu ketika berlangsungnya perbahasan telah menuntut supaya kerajaan menarik balik rang undang-undang tersebut dan Dewan Rakyat mengantung perbahasan itu daripada dilangsungkan.

Mereka juga menuntut supaya Dewan Rakyat merujuk rang undang-undang itu kepada sebuah jawatankuasa pilihan khas parlimen agar ia dapat dikaji dengan lebih terperinci serta membuat syor-syor baru untuk dibahaskan.

Mereka turut mendakwa kerajaan terburu-buru untuk meluluskan rang undang-undang tersebut dan berpendapat dewan sepatutnya menghabiskan sekurang-kurangnya dua hari membahaskannya dan bukan hanya sekadar beberapa jam.

Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum itu telah memperuntukkan 10 minit untuk setiap blok - empat daripada BN, tiga dari PR dan seorang bebas untuk membahaskan rang undang-undang itu.

Dalam amalan Dewan Rakyat, setiap rang undang-undang akan melalui tiga proses bacaan atau peringkat dan dibahaskan di peringkat dasar atau jawatankuasa sebelum pecahan undi dilakukan.

Para anggota pembangkang yang bertindak keluar dewan ketika ditemui selepas itu berkata, mereka tidak nampak sebarang sebab untuk kembali semula ke dalam dewan kerana segala-galanya telah pun diputuskan sama ada dengan atau tanpa kehadiran mereka (pembangkang). ENDS.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan