Perwakilan & Ahli Umno Diingatkan PRU-13 Paling Getir

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perwakilan parti dinasihatkan agar tidak mengamalkan sikap ambil ringan atau ambil mudah kerana pilihan raya umum (PRU) Ke-13 nanti merupakan yang paling getir.

Bercakap mengenai pesanan yang disampaikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis taklimat yang disampaikan di Dewan Merdeka PWTC, petang Selasa, Zahid berkata; "PRU kali ini adalah PRU yang luar biasa serta penuh dengan cabaran."

"Presiden parti telah meminta agar perpaduan diberikan keutamaan dan meminta komitmen yang luar biasa daripada seluruh ahli parti," katanya lagi pada sidang akhbar selepas selesainya majlis taklimat berkenaan.

Turut serta dalam sidang akhbar itu ialah dua lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, presiden parti juga memikirkan tentang penyelesaian dalaman di bahagian-bahagian sekiranya masih ada.

"Walaupun ia bukan masalah terbesar tetapi jika masih ada unsur-unsur seperti sabotaj dan sebagainya maka ia perlu diketepikan.

"Dan apa yang perlu ditumpukan ialah agenda parti bukan agenda peribadi. Presiden telah meminta para perwakilan dan ahlli-ahli menumpukan perhatian kepada PRU-13," katanya.

Majlis taklimat ini dihadiri oleh para perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula dengan ucapan perasmian pembukaan persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam Selasa.

Ia kemudian akan diikuti oleh persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serentak sepanjang hari Rabu dan selepas itu barulah bermula perhimpunan agung yang terdiri daripada perwakilan bahagian-bahagian.

Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno tahun ini.

Dari jumlah itu, 2,627 perwakilan adalah dari 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 perwakilan Pemuda dan 934 Puteri.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan