Pemuda Umno Kini Jentera Utama Bukan Lagi Sampingan - KJ

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno kini diiktiraf sebagai jentera utama dalam sama-sama membantu membuat persiapan untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin menyifatkan amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan persidangan wanita, pemuda dan puteri Umno pada malam Selasa sebagai satu pengiktirafan positif dan mandat yang besar lagi berat.

"Jika dalam istilah perang atau tentera, panglima dan hulubalang mempunyai tanggungjawab besar dan satu tugas yang berat.

"Kami (Pemuda Umno) kini bukan lagi pelakon-pelakon sampingan tetapi sebenarnya diberikan tugas di barisan hadapan untuk memastikan kemenangan dalam PRU akan datang," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian berkenaan.

Khairy berkata, pengiktirafan itu juga adalah cabaran kepada beliau dan jentera sayapnya serta sebagai satu amanah kerana ia mengangkat darjat dan taraf Pemuda Umno.

"Ia adalah hasil daripada kerja kita selama ini untuk memastikan BN (Barisan Nasional) dan Umno dapat diterima dan menjadi pilihan orang muda.

"(Namun) apa yang lebih penting adalah cabaran akan datang sebelum PRU tentang apa yang kita perlu buat. Rangka dan strategi itu sudah siap cuma perlu dipastikan ia dapat dilaksanakan dan dilunaskan secara sempurna," katanya lagi.

Beliau menambah, pengiktirafan itu juga bukan untuk seronok-seronok atau syok sendiri tetapi sebenarnya adalah amanah dan terdapat satu gerak kerja yang akan dimulakan selepas Perhimpunan Agung Umno untuk persediaan menghadapi PRU.

"Kami akan turun sehingga ke pusat daerah mengundi dan melibatkan semua pemuda. Tugas kita amat jelas selepas ini.

"Kita akan ada satu kursus untuk tugas-tugas khas bagi pilihan raya dalam waktu terdekat iaitu Disember ini melibatkan semua bahagian dan mereka akan tahu tugas masing-masing," katanya.

Dalam ucapan Muhyiddin bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad", beliau mengiktiraf Khairy sebagai panglima perang dan menggesa Ketua Pemuda Umno itu menggerakkan barisan sayap menjadi benteng parti yang kukuh dan mempersiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti.

"Landskap politik kini adalah milik orang muda. Umno komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda.

"Kepada pemimpin-pemimpin Umno, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. Umno tidak akan menjadi parti kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda," kata Muhyiddin.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan