Pameran Pengantin Serta Upin-Ipin Di Muzium Negara

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sempena musim cuti sekolah, dua pameran dianjurkan secara serentak di Muzium Negara iaitu Pameran Busana Perkahwinan Mutiara dan pameran animasi Jejak Upin & Ipin.

Pameran Busana Perkahwinan Mutiara memperagakan antara lain gaun bertatah mutiara berharga RM300,000 serta gaun dan barangan kemas yang dipakai selebriti terkenal termasuk penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza.

Ketua Pengarah Muzium Negara, Datuk Ibrahim Ismail berkata, pameran busana perkahwinan itu merupakan satu pameran istimewa yang boleh dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada pereka fesyen terkemuka tanah air selain merupakan pameran bersifat kontemporari.

Bercakap pada sidang akhbar di sini beliau berkata pameran itu yang merupakan anjuran bersama antara pihak muzium, Jewellery Circles Sdn Bhd dan Syarikat Rafflesia menampilkan sebanyak 41 koleksi busana perkahwinan dan kasut yang disulami mutiara.

Ibrahim berkata, antara busana perkahwinan yang dipamerkan adalah busana perkahwinan model terkenal Amber Chia dan baju perkahwinan Ning Baizura rekaan Rizman Ruzaini manakala koleksi kasut yang dipamerkan pula adalah kasut bersulam mutiara hasil rekaan Prof Datuk Jimmy Choo dan Bill Keith.

Sementara itu pameran Jejak Upin dan Ipin pula memberi peluang kepada pengunjung serta peminat setia Upin & Ipin melihat karakter itu secara dekat dan mengetahui bagaimana ia dicipta.

Pameran itu dianjurkan dengan kerjasama Les' Copaque Production yang menjanjikan pengunjung mengembara ke alam Upin & Ipin seperti melawat Rumah Opah, serta alam imaginasi dalam siri animasi itu.

Dalam sidang akhbar berasingan di Muzium Negara, Pengarah Urusan Les' Copaque Production Burhanuddin Mad Radzi berkata pameran ini merupakan idea pihak muzium dan merupakan satu penghormatan bagi Les' Copaque yang merupakan studio animasi pertama yang dapat mempamerkan hasil kerja di Muzium Negara.

Kedua-dua pameran itu kini sedang berlangsung sehingga 31 Disember depan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan