Laporan Awal JK Khas Parlimen Penambahbaikan P/Raya Dibentang Khamis

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Laporan awal Jawatankuasa Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan raya (PSC) akan dibentangkan di Parlimen, Khamis ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, enam pendengaran awam telah diselesaikan dam jawatankuasa itu gembira dengan maklum balasnya.

"Saya rasa dalam senarai saya pada masa ini terdapat lebih daripada 100 cadangan, jadi kita perlu membincangkannya dan meneliti perkara-perkara yang saya anggap penting.

"Kita sepatutnya melaporkannya pada minggu pertama April tahun depan tetapi kita telah memohon supaya Parlimen memberikan kita peluang untuk membentangkan laporan interim pada hari terakhir persidangan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Mimos Berhad dengan 13 rakan industri elektrik dan elektronik (E&E) bagi khidmat perkongsian dalam 'Failure Analysis and Wafer Testing', di sini, Selasa.

Pendengaran awam pertama PSC diadakan pada 11 November di bangunan Parlimen, manakala yang kedua diadakan di Sabah selama dua hari, Jumaat lepas.

Pendengaran awam seterusnya dijadual diadakan di Sarawak (8-9 Disember), Pulau Pinang (15-16 Disember), Kelantan (7-8 Januari) dan Johor (12-13 Januari).

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan