Keuntungan Separuh Pertama Proton Susut Kerana Pelaburan Tinggi Kumpulan Lotus

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah, sebanyak RM47.524 juta bagi tempoh enam bulan berakhir 30 September 2011 berbanding RM185.914 juta yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan susut kepada RM4.496 bilion dalam tempoh itu berbanding RM4.530 bilion dalam tempoh perbandingan sebelumnya.

"Keuntungan yang lebih rendah itu sebahagian besar disebabkan oleh perbelanjaan yang lebih tinggi oleh Lotus Group International Ltd, yang selari dengan usaha Proton untuk menjayakan pelan transformasi perniagaan jangka panjang Lotus," kata syarikat pembuat kereta nasional itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Selasa.

Bagi tempoh suku kedua berakhir 30 September, Proton mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah, sebanyak RM35.418 juta berbanding RM81.265 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Secara perbandingannya, perolehan bagi tempoh tiga bulan meningkat kepada RM2.263 bilion berbanding RM2.240 bilion yang direkodkan sebelumnya.

Proton berkata, perbelanjaan tinggi oleh Lotus Group, bagaimanapun sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan jualan domestik Proton, kira-kira dua peratus lebih tinggi dalam enam bulan pertama tahun kewangannya berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Jualan kereta penumpang domestik Malaysia merekodkan jumlah yang lebih rendah pada sembilan bulan pertama 2011 berbanding suku yang sama tahun lepas.

"Bagaimanapun, aliran meningkat itu dijangkakan tidak kukuh bagi tempoh berbaki tahun 2011 ini ekoran penurunan bermusim akhir tahun serta impak banjir di Thailand yang menjejaskan unit komponen terurai dan unit komponen dipasang sepenuhnya, selain bekalan komponen dari Thailand pada November," kata Proton.

Syarikat itu yang terus berhati-hati, akan meningkatkan aktiviti pemasaran.

"Pelancaran mengikut jadual varian baharu Exora, selain pelancaran P3-21A dijangka meningkatkan jumlah jualan dan penguasaan pasaran domestik dan antarabangsa Proton," kata syarikat itu lagi.

Proton juga berkata, tempahan dari Lotus China melebihi 300 unit dan dengan lebih banyak bilik pameran dirancang dibuka di seluruh China, Lotus Group yakin jualan akan terus meningkat.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan