Kemunculan Jamal Abdillah Gamatkan PWTC

Diterbitkan: Selasa, 29 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamal Abdillah (tengah) melayan peminat di PWTC.
Jamal Abdillah (tengah) melayan peminat di PWTC.

KUALA LUMPUR: Kehadiri Raja Pop, Jamal Abdillah pada salah sebuah gerai menjual pelbagai produk di perhimpunan agung Umno di PWTC pada Selasa bukan sahaja menarik perhatian ramai malah menyebabkan para peminat menyerbu untuk bersalaman dengannya.

Jamal muncul untuk mempromosikan album barunya berjudul Raja Pop II, yang secara rasminya akan dilancarkan Januari tahun depan.

Album barunya itu akan turut memuatkan lagu-lagu popular tahun 50-an dan 60-an yang didendangkan semula olehnya.

Apa yang lebih menarik ialah penyanyi berusia 52 tahun itu turut mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk penjagaan kulit keluarannya bernama D’Jas.

“Produk ini akan membantu kulit anda untuk kekal sihat, cerah dan bersinar," kata Jamal sambil menambah ia dicipta untuk kegunaan lelaki dan juga wanita.

Menurut Jamal, produk penjagaan kulit itu juga akan turut dilancarkan bersama-sama album barunya nanti.

Gerai itu bukan sahaja menjual produk penjagaan kulit tetapi juga turut menjual mug yang tertera gambar Jamal, baju-t, poster dan CD Jamal.

Ia adalah sebahagian daripada lebih 200 gerai yang telah pun siap untuk memulakan perniagaan sepanjang perhimpunan ini berlangsung sehingga Ahad ini.

Salah seorang peminat menyifatkan Jamal Abdillah sebagai Tom Jones atau Eric Clapton Malaysia.

Dia memiliki suara merdu yang luar biasa dan tidak ada artis Malaysia yang dapat menandinginya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan