Sanggup Pecah Penjara Hanya Kenyataan Politik Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenyataan pembangkang yang mahu memecahkan penjara sekiranya pemimpin mereka dipenjarakan hanyalah kenyataan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Negara kita ada undang-undang. Siapa boleh pecah penjara?" katanya pada sidang media selepas merasmikan forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali pada Jumaat lepas, bahawa parti itu akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, bagi membebaskan Ketua Pembangkang itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata semua pihak termasuk pembangkang tertakluk kepada undang-undang negara ini.

"Kita ada undang-undang, kita mesti hormati undang-undang. Kalau tak hormati undang-undang jadi huru-haralah negara kita," katanya.

Perbicaraan kes liwat Anwar kini berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi dijadual mendengar penggulungan akhir hujah pembelaan pada 8 dan 9 Disember ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan