Program Transformasi Jadi Mantera Bawa Sokongan Kepada Kerajaan - Khairy

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno akan menggunakan program transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai mantera untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, program transformasi seperti politik yang menjurus kepada kebebasan sivil dan memperkasakan hak asasi, menepati citarasa generasi muda terutama yang tidak menganggotai parti politik atau 'atas pagar'.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, beliau akan mengupas program transformasi itu pada perhimpunan agung Pemuda Umno Rabu ini.

"Saya akan memperhalusi signifikasi dan makna sebenar transformasi yang dibawa Perdana Menteri supaya lebih difahami bahawa ia merupakan tuntutan zaman bagi generasi muda yang sebenarnya cukup dekat dengan aspirasi golongan tersebut," katanya pada sidang media khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini Isnin.

Khairy turut mengingatkan perwakilan Pemuda Umno agar membahaskan perkara yang berkaitan dengan kepentingan generasi muda kerana butiran perbahasan turut dinilai masyarakat di luar.

"Jadi selain daripada sensitiviti kaum, apa yang dicakapkan itu mesti ada relevan dengan orang muda di luar dan jangan sampai mereka lihat apa yang dibahas oleh Pemuda langsung tidak relevan dengan citarasa, kehendak dan aspirasi mereka," katanya. Mengenai pilihan raya umum, Khairy berkata kekuatan jentera Pemuda akan diperkukuhkan menerusi satu kursus yang menyeluruh di peringkat bahagian.

Dalam pada itu, Khairy berkata, simbol perpaduan antara Pemuda Umno dan rakan sayap dalam komponen BN dapat dilihat menerusi gerak kerja bersama, berbanding secara bersendirian sebelum ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan