Perhimpunan Agung 2011: Pergerakan Wanita Telah Sedia Hadapi PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) ketika sidang media mengenai persiapan Perhimpunan Agung Wanita di Ibu Pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini, hari ini. Foto BERNAMA
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tengah) ketika sidang media mengenai persiapan Perhimpunan Agung Wanita di Ibu Pejabat Wanita UMNO di Menara Datuk Onn di sini, hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno akan membentangkan fokus dan persediaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam Perhimpunan Agung Umno 2011 yang bakal berlangsung Selasa hingga Sabtu ini.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Pergerakan Wanita sudah mempunyai jentera yang mantap dan jitu bagi menghadapi PRU-13 dengan perpaduan, disiplin dan semangat setia kawan yang ditunjukkan di kalangan ahlinya.

"Bila nak berperang kita mesti kuat. Kita akan usulkan kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kita akan terus bersatu, fokus dan setia terhadap parti," katanya dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Shahrizat berkata, wanita boleh diibaratkan sebagai aset dalam parti kerana tetap berada dalam keadaan stabil walau sering berdepan dengan cabaran.

"Kitalah ibu, isteri dan pemimpin yang menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas. Bila kita fokus untuk agama, bangsa dan negara, tak ada siapa yang dapat buat kita goyah.

"Sebagai ibu, apa lagi yang kita tak lalui. Walau badai melanda dan bermacam-macam berlaku, wanitalah yang menjadikan keluarga dan parti stabil," katanya.

Tambah beliu lagi, sayap Umno itu akan terus berdisiplin dan tidak akan berganjak dari melakukan kerja-kerja untuk kepentingan rakyat termasuklah menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Katanya, perpaduan dan semangat setia kawan yang wujud dalam Pergerakan Wanita juga telah menimbulkan rasa kurang senang pihak pembangkang.

"Pembangkang takut tengok kita kukuh dan bersatu. Mereka gentar dan cemburu tengok kita rajin bekerja," jelasnya.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, beliau sering menerima maklum balas positif daripada masyarakat menyatakan penerimaan mereka terhadap gandingan kepimpinan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Wanita mempunyai kelebihan kerana mereka lebih dekat dengan masyarakat.

"Walaupun sering dapat maklum balas positif, kita akan terus gunakan kelebihan ini untuk sampaikan mesej perdana menteri kepada masyarakat sehingga ke akar umbi," jelasnya.

Mengulas tentang usul dan perbahasan yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno yang terakhir sebelum PRU-13, Shahrizat yakin wakil-wakilnya akan berbahas untuk kepentingan parti dan negara.

"Sepanjang 30 tahun saya dalam Umno saya lihat pembahas kita stabil, tak melatah dan tak mudah tersasul. Mereka berbahas dengan berhemah dan memberi cadangan bernas.

"Mereka tak guna platform untuk kepentingan diri atau agenda tertentu dan berbahas untuk kepentingan parti dan negara," jelasnya.

Menjelang Perhimpunan Agung kali ini, Pergerakan wanita akan menyediakan 22 buah van untuk kemudahan perwakilan yang dinamakan 'Shuttle Skuad Sayang'.

Kenderaan ini akan membawa perwakilan ke PWTC dari beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur sepanjang perhimpunan berlangsung.

"Ramai yang datang dari jauh dan luar bandar sebab itu kita sediakan kemudahan ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan