MTUC Sedia Isytihar 'Perang' Jika Akta Pekerjaan Dipinda

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bersedia mengisytiharkan 'perang' terhadap kerajaan sekiranya pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 diluluskan.

Malah Setiausaha Kewangan MTUC, Alias Awang berkata, kesatuan itu juga sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik yang menyokong mereka bagi menyatakan bantahan terhadap pindaan akta tersebut.

"Kita tidak akan bertolak ansur lagi. Kami menuntut keadilan kepada pekerja.

"Kalau pindaan itu diluluskan di Dewan Negara pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang," katanya pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-8 di sini, Ahad.

Beliau berucap sebagai perwakilan khas mewakili MTUC ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden.

Antara bantahan pindaan Akta Pekerjaan 1955 ini adalah mengenai kontraktor tenaga kerja yang diwujudkan dan mengembalikan sistem kontrak yang telah dihapuskan apabila Akta Pekerjaan 1955 ini digubal dulu.

MTUC menegaskan dengan pindaan itu kedudukan pekerja menjadi tidak tetap dan tiada jaminan pekerjaan, selain mendapat kadar gaji yang sama tanpa kenaikan atau bonus, termasuk faedah lain.

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan pada 6 Oktober.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan Di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan