'Mesej' Shahrizat Tentang Isu NFC Ketika Berucap Di Perhimpunan Agung Umno Nanti

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan memberi penjelasan berbentuk mesej berkaitan dakwaan yang dilemparkan ke atas Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suami dan anak-anaknya.

Penjelasan tersebut bagaimanapun hanya akan diberikan melalui ucapannya dalam Perhimpunan Agung Umno 2011.

Majlis perasmian ketiga-tiga sayap Umno iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri akan dilakukan serentak malam esok (Selasa) oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala persidangan akan bermula pada Rabu.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, penjelasan tersebut akan disampaikan khusus kepada pihak tertentu yang membuat dakwaan kononnya berlaku pecah amanah dalam syarikat yang dikendalikan suaminya yang juga Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya.

"Ada satu-dua mesej yang saya nak sampaikan kepada mereka di luar sana. Kalau nak tahu mesej itu tunggulah masa hari perhimpunan nanti," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Isnin.

Shahrizat berkata, sebagai pemimpin beliau tidak akan membuat penjelasan terperinci terhadap isu atau perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.

"Saya kena tenang, tak boleh melatah. Isu ini tak ada kena-mengena dengan saya, tapi saya nak bagi mesej yang jelas dalam ucapan saya nanti," katanya lagi.

Beliau berkata, tidak menjadi masalah juga sekiranya isu NFC dibahaskan pada Perhimpunan Agung kali ini.

Shahrizat dalam satu kenyataannya sebelum ini berkata, isu NFC yang dikaitkan dengan keluarganya merupakan satu agenda politik pihak pembangkang.

Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan dan berada dalam keadaan kelam-kabut.

NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta turut didakwa menggunakan dana itu untuk membeli dua unit kondominium bernilai RM9.8 juta sebuah di Bangsar.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan