Kelemahan Pembangkang Bukan Kelebihan Pada UMNO, Kata Razali

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Para anggota dan pemimpin Umno diingatkan bahawa cerita mengenai kelemahan parti pembangkang sebenarnya tidak memberi kelebihan kepada sokongan rakyat terhadap parti itu dan kerajaan.

Oleh itu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata mereka tidak seharusnya dibuai kegembiraan dengan cerita sedemikian sebaliknya perlu terus memenangi hati rakyat bagi memastikan sokongan terhadap parti dan Barisan Nasional(BN).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan memberi contoh dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menganggap Johor tidak selamat dan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendewa-dewakan Mat Indera, pemimpin Komunis yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

"Kita jangan hanya menggunakan isu-isu ini dalam meraih sokongan rakyat. Kita perlu mamahami apa yang kita laksanakan seperti tranformasi ekonomi yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, supaya rakyat akan sayang kepada Umno dan kerajaan.

"Apabila rakyat sudah percaya, mereka akan sayang kepada Umno dan mengharapkan parti itu akan terus kekal berkuasa," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis berkhatan di Poliklinik Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada Ahad.

Menurut beliau, apa yang anggota dan pemimpin Umno perlu lakukan ialah berbuat sesuatu sehingga masyarakat menaruh harapan kepada parti dan akan merasakan parti itu perlu kekal sepanjang masa.

Mengenai saranan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid meminta anggota parti mengadakan 'gencatan senjata' dan menumpukan usaha menghadapi pilihan raya umum ke 13, Razali berkata, mereka perlu mengutamakan perkara yang penting dahulu.

"Ini kerana keutamaan anggota parti tidak betul, mereka lebih mengutamakan kedudukan jawatan dan cita-cita hendak menjadi calon dalam pilihan raya daripada tanggungjawab sebenar sebagai anggota parti," katanya.

Beliau berpendapat jika semua anggota parti boleh berada di tengah masyarakat di merata tempat dan menjalankan tugas dengan berkesan, masyarakat akan bukan sahaja sayangkan parti, malah akan merasa kehilangan tanpa kehadiran Umno.

"Apa juga perkara yang boleh membuatkan orang menyampah kepada Umno, jangan dibuat, barulah di mana kita berada kita disayangi dan disenangi rakyat," tambah Razali.

Seramai 170 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dari kawasan Parlimen Muar menyertai program anjuran bersama anggota Parlimen Muar itu dengan Pergerakan Pemuda Umno bahagian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan