Cadangan Naik Taraf Planetarium Sultan Iskandar Ditangguh

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Cadangan untuk menaik taraf Planetarium Sultan Iskandar (PSI), pusat pendidikan astronomi pertama Malaysia, ditangguh buat sementara waktu sementara menunggu peruntukan daripada kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata, permohonan untuk menaik taraf telah dibuat sebelum ini namun tidak diluluskan kerana keutamaan diberi kepada projek yang diperlukan segera oleh rakyat.

"Kita cuba mohon dalam kajian setengah penggal nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis berkhatan beramai-ramai melibatkan 21 kanak-kanak di Taman Sri Wangi di sini, Isnin.

Pada Oktober 2008 Fadillah mengumumkan cadangan menaik taraf PSI dengan menggunakan khidmat, Warner Brothers, salah sebuah pengeluar filem terbesar di dunia.

Fadillah dipetik berkata, PSI perlu dinaiktaraf untuk mencipta satu suasana realistik semasa menonton tayangan di planetarium.

PSI yang telah beroperasi 19 tahun lepas terletak di Dewan Suarah Kuching dan pernah menjadi tumpuan pelancongan namun kini hanya menjadi tempat kunjungan pelajar pada musim persekolahan dan keluarga pada musim cuti.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Fadillah yang juga anggota Parlimen Petra Jaya memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi sokongan kepada mana-mana penduduk kawasan perumahan yang aktif melaksanakan aktiviti kejiranan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, aktiviti berkhatan boleh dijadikan aktiviti tahunan yang boleh merapatkan hubungan antara jiran. "Dalam era yang penuh mencabar ini, ibu-bapa perlu prihatin dan lebih aktif dalam aktiviti kejiranan supaya dapat mengetahui segala permasalahan sosial di negara ini dan pada masa sama boleh membantu dalam memantau pergerakan anak-anak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan