Banyak Pertubuhan Sukarela Di Malaysia Tidak Dapat Bertahan Lama - ROS

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendapati jangka hayat kebanyakan pertubuhan sukarela dalam negara kini amat singkat berbanding sebelum ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, ini berikutan sesetengah pertubuhan itu hidup atas dasar dan sifat kepimpinannya dan bukan atas matlamat asal penubuhan untuk kepentingan anggota.

"Banyak pertubuhan sukarela di negara ini hanya mampu bertahan tidak lebih lima tahun kerana pertukaran kepimpinan dan pentadbirannya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog dengan pertubuhan baru Kelantan, di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah ROS Kelantan Wan Rahimah Hamat dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Wan Mansor Hamzah sebagai anggota panel.

Tanpa menyebut peratusan dan statistik pertubuhan berstatus demikian, beliau meminta supaya pertubuhan-pertubuhan sukarela mengamalkan konsep "gelombang kesukarelawan" seperti disaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan