Banjir Di Terengganu Terus Bertambah Baik

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu terus bertambah baik dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan semakin berkurangan.

Sehingga pukul 9 pagi ini, seramai 249 orang mangsa masih berada pusat pemindahan di negeri ini berbanding 561 orang petang Sabtu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, negeri Terengganu berkata di Hulu Terengganu terdapat tujuh orang, Kuala Terengganu (142), Marang (23) dan Setiu (77).

Katanya lima buah pusat pemindahan masih lagi beroperasi di Terengganu iaitu masing-masing satu di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Setiu dan dua di Marang.

Beliau berkata paras air sungai utama yang meningkat melebihi paras bahaya sejak banjir melanda negeri ini Ahad lepas, telah menurun ke paras waspada sejak Jumaat lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan