Banjir Di Kuala Terengganu Tidak Berubah

Diterbitkan: Isnin, 28 November 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di daerah ini pagi Isnin ini tidak banyak berubah berbanding petang Ahad.

Seramai 107 mangsa daripada 28 keluarga masih lagi berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong berbanding 117 orang petang Ahad.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri berkata enam daripada tujuh daerah di Terengganu dilanda banjir dalam pusingan pertama ini melibatkan hampir 3,000 mangsa.

Daerah-daerah itu ialah Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan sehingga pukul 8 pagi ini, paras air di semua sungai utama berada ditahap normal. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan